
sekadar satu luahan perasaan...
semakin hari semakin takut melihat keberanian manusia itu bangga melakukan kesilapan,
tidak tuju pada orang lain, malah teguran untuk diri sendiri
bila agama itu dijadikan bahan bualan seperti ianya kosong dan tiada apa makna
saya bukan manusia sempurna
saya juga ada turun naik, jatuh bangun
tapi yang penting, kita sentiasa bangun, sentiasa cuba untuk naik
setiap dugaan yang datang dalam kehidupan kita, sewajarnya kita belajar
itulah pendidikan yang sebaiknya, ilmu yang dipelajari melalui kehidupan
sekadar berkongsi pandangan, walaupun saya bukanlah terbaik, tapi takut itu masih ada
masih waras berfikir seperti mana yang dikehendaki dan dituntut
Alhamdullillah, setelah pelbagai perkara yang berlaku
jalan yang saya cari selama ini, perlahan-lahan saya jumpa arahnya
InsyaAllah, sampai satu masa, saya akan tiba juga ke destinasi
dan saya berharap tidak akan berhenti, dan terus berjalan
dan terus membantu pada yang memerlukan panduan yang dicari
saya bukan manusia yang sempurna,
cuma saya ingin berkongsi keindahan perasaan bila hati telah diberikan kekuatan
saya manusia biasa yang tidak lari dari kesakitan dunia
namun begitu, kesyukuran yang saya rasakan
apabila setiap kali terjatuh, setiap kali terduduk, setiap kali terleka, terlupa...
setiap kali itulah seakan ada tangan yang dihulur, setiap kali itulah seakan ada suara memberi teguran
Subhanallah, timbul rasa hati kecil ini, kadang-kadang rasa seperti dimanjakanNya
bila membuat salah, dihukum serta merta, bila melakukan kebaikkan, diberikan terus ganjaran
sekali lagi, Alhamdullillah, kerana menjadi salah seorang yang bertuah merasakan perasaan ini
percayalah, damainya keadaan itu bila kita benar dapat merasa kehadiranNya
bila dapat merasakan kita dimanjakanNya
percayalah, Dia itu Wujud
Allah SWT itu Ada, dan Satu!
bila dugaan, cabaran, kesedihan, dan segala bentuk kepedihan itu hadir
pergilah, adukan padaNya, merintihlah padaNya,
Dia yang mencipta, kepada Dialah kita kembali
dalam apa jua keadaan sekalipun...
Alhamdullillah...
saya masih bukan manusia sempurna
0 kata pembaca:
Post a Comment