luculah
bila manusia cuba menasihati sesama manusia, tetapi bukan dalam bentuk nasihat.
lebih suka menasihati dalam bentuk menyindir, mengata, mengumpat dan menyata rasa jelik sesama rakan.
bila kita nasihat, tetapi dengan cara yang salah, sedarlah, kita pun sebenarnya sama saja. tak ada jauh beza. kalau kita cuba nasihat seseorang dengan meletakkan sesuatu salah silapnya, fikir dulu, ada atau tidak kesilapan yang sama kita lakukan.
contoh, kita menasihati orang supaya berkata yang baik2 dihadapan orang. Tetapi adakah anda sendiri mengucapkan kata-kata yang baik pada diri anda dan teman anda semasa sedang mengumpat???
kita mengata, mengutuk orang yang tidak sempurna menutup auratnya. seperti kitalah yang menentukan dia itu pasti masuk neraka. adakah kita lihat ke cermin cara pemakaian kita sudah cukup dengan hukum syarak? longgar kah baju yang dipakai? labuh sudah ke kain menutup dada?
anda menasihati orang supaya jangan terlalu taksub dengan percintaan, jangan terlalu bercinta. geli, menyampah, dosa katanya. tidakkah anda juga bercinta? yang kadang2 mungkin menyakitkan hati orang lain yang sudi mendengar masalah anda selama ini? anda tak suka orang melakukan sesuatu secara terang terangan, tapi anda lakukan secara sembunyi itu halal hukumnya?
atau mungkin anda merungut mengenai sesetangah orang yang sering tidak puas hati dengan sikap anda yang begitu dan begini, orang itu fikir ini, orang ini fikir itu mengenai anda. benarkah mereka yang salah atau anda yang sebenarnya terlalu sensitif mahukan semuanya mengikut cara anda? tidakkah anda itu yang sebenarnya berkata macam2 mengenai orang lain?
saya di sini bukanlah cuba memihak mana mana pihak. saya di sini, sekadar mahu mengatakan yang mengumpat, mengata, mengeji itu, bukanlah stau cara yang betul dalam menasihati seseorang. apa pun yang kita lakukan, lihat dulu diri kita. periksa diri kita sebaiknya. sebelum cuba memetik kesalah orang lain. jika orang itu tidak sempurna, apatah diri kita sendiri.
renungkan...dan selamat beramal...
Saturday, November 19, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 kata pembaca:
setuju..pape p0n kita cermin diri sndri sblum nk menasihati org lain :)
tahu tak pe. org sekarang tak cermin dulu, tu yang cakap pakai lepas n ikut sedap mulut. hehe..
Post a Comment